Pahit manis di semester 3


Dah seminggu cuti sem.
Tamat sudah semester 3 
yang penuh dengan bermacam-macam 
ujian dan kenangan yang tak boleh dilupakan.

Memang sakit waktu sem 3
dengan tak cukup duit lagi
sampaikan makan nasi dgan kuah aje
lepastu final project di 'extend' kan
lepas habis exam baru final presentation
bayangkan, terseksa mana satu nak fokus
antara study for exam dengan 
drawing yang belambak 
size besar2 A0, A1, A2, A3
boleh buat selimut kat studio.

Paling seronok tapi sedih 
hidup dalam studio dalam 15 jam sehari
dari pagi pkul 9 sehingga 12 malam
dah kena halau ngan polis bantuan 
baru balik bilik asrama
itu pun sambung kerja lagi kat bilik 
 dan stay up sampai subuh baru dapat tido
tido pun hanya 2 jam je.

Part sedihnya, yana tak balik cuti
cuti merdeka ngan cuti raya korban
hidup dlm studio tanpa
kafeteria tak bukak
uptown pun tutup, dewan makan tutup
sanggup bawak heater air kat studio
bawak bekas mkn n cawan
masak air buat meggi, buat kopi
see, dalam studio kami ada pantry

Bila bosan pagi2 dgan muka ngantuknya lagi
pegi bukak laptop pasang projector
bukak game "Just Dance"
hah, satu kelas buat senamrobik
seronok!

Alhamdulillah exam semua paper boleh jawab
lepas habis exam hari jumaat
isnin dah presentation final project restaurant
peh.. ramai nangis ngan 
ayat2 pedas lecturer
kesian tgok kawan2 semua
ramai yang prestasi dorang jatuh
termasuklah yana skali

Paling tercabar sekali
siapa yang takleh survive dalam part 3
gred dapat rendah, lecturer tak terima ngan project
berkemungkinan tak dapat naik part 4
pehhh.. lagilah dorang ramai yang nangis

Walauapa pun, gagal bukan penanda 
gagal untuk selama-lamanya!

Alhamdulillah project individu untuk part 3 nie
yana dapat A utk retail project dan A- utk restaurant final project.

Ingat result belom kuar lagi.
tak tahulah pointer naik ke turun
tawakal aje lah kita dah berusaha
wait and see ~